Tahniah kepada semua....

Disini hamba ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada semua rakan2 hamba yang telah dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi bagi Persatuan Sains Komputer Universiti Teknlogi Malaysia International Campus (COMSTAR). Diharap dengan perlantikan saudara/i dapat menghidupkan kembali persatuan kita yang agak menyepi sejak kebelakangan ini.

Harapan hamba sebagai presiden persatuan adalah agar kita dapat bekerjasama antara satu dengan yang lain dan mengeratkan lagi hubungan antara Program DDC dan DDZ. Hamba juga berharap agar semua MT COMSTAR dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan bersungguh2 dan dengan hati yang terbuka.Kita juga sebagai Mahasiswa UTM berperanan untuk dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan dengan ilmu yang dikurniakan oleh Tuhan yang Maha Pemurah.


Sekali lagi hamba ucapkan tahniah kepada anak buah hamba..


Tahniah....

0 comments:

Boleh klik kat image untuk magnify